Tuesday 24 July 2012

Program Ambang Ramadhan


17 Julai 2012, Sempena bulan Syaaban, yang menandakan hampirnya kedatangan ramadhan yang penuh keberkatan, bulan yang penuh rahmat ini maka seharusnya kita saling ingat mengingati tentang Ramadhan itu sendiri.  Maka dikesempatan itu, pihak Kelab Guru  dan Kakitangan (KGKT) dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu Program Ceramah Di Ambang Ramadhan yang diadakan di Kantin SK Bukit kenak.  Penceramah Jemputan pada majlis tersebut adalah al-fadhil ustaz Hj. Mohd. Khairudin b. Hj. Salleh, penceramah bebas yang dijemput khas untuk memperkatakan tetang Fadhilat Ramadhan.  Majlis ini dihadiri oleh semua guru,  kakitangan serta semua pelajar SKBK.


Ceramah di sampaikan oleh penceramah jemputan.

Beberapa program dianjurkan sempena Program Ambang Ramadhan ini seperti ceramah, kuiz dan juga pertandingan mewarna bagi pelajar tahap 1.  Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan majlis di tamatkan tepat pukul 1 tengahari.


Bagi mengakhiri majlis tersebut, majlis penyampaian hadiah di adakan untuk pelajar-pelajar yang berjaya dalam pertandingan yang diadakan. Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd. Yazid selaku GPK HEM SKBK.

No comments:

Post a Comment