PROGRAM SAYEMBARA BAHASA MALAYSIA 2012
7 Oktober 2012, Minggu Program Sayembara Bahasa Malaysia 2012 Peringkat Sekolah telah dilancarkan dengan rasminya pada pagi tersebut. Program seminggu yang dianjurkan oleh Badan Persatuan dan Kelab SK Bukit Kenak telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Ustaz Mohd. Faiz b. Awang. Dalam program ini, setiap Persatuan dan kelab dikehendaki menyediakan beberapa peserta yang akan mewakili Persatuan dan kelab masing-masing. Program Sayembara Bahasa Malaysia ini mempertandingkan beberapa acara antaranya syair, sajak, pantun, pidato, bercerita, syarahan dan membaca berita. Tiga pemenang akan diumumkan bagi setiap acara di majlis penutup yang dijangka akan berlangsung pada minggu hadapan.
 |
Perasmian oleh GPK 1, Ustaz Mohd. Faiz b. Awang |
|
|
|
 |
Nyanyian lagu "Cintai Bahasa" oleh Guru dan pelajar selepas perasmian |
 |
Guru-guru turut sama dalam majlis perasmian |
 |
Persembahan pelajar selepas majlis perasmian
|
Editor: Din/Din/2012
No comments:
Post a Comment