Thursday 21 March 2013

SK BUKIT KENAK JOHAN PERTANDINGAN SMART ENGLISH YAYASAN DIRAJA  SULTAN MIZAN PERINGKAT ZON JERTEH 2013

 7 MAC 2013, seramai 12 orang murid telah menyertai Pertandingan Smart English Yayasan Diraja Sultan Mizan Peringkat Zon Jerteh bertempat di SK Alor Lintah. SKBK telah mendapat tempat pertama keseluruhan pertandingan tersebut. Peserta SKBK terdiri daripada 6 orang murid Tahun 2, 2 orang murid Tahun 4, 2 orang murid Tahun 5 dan 2 orang murid Tahun 6 yang mempunyai pelbagai aras pengetahuan Bahasa Inggeris. SKBK berjaya mendapat hadiah berupa baucer yang bernilai RM240. Para peserta SMART ENGLISH ini dibimbing oleh 2 orang guru iaitu Puan Zarinawati bt Shaari, Cik Suhaila bt Abu Bakar dan dibantu oleh seorang guru ganti, Cik Hasnul ‘Iffah bt Mohd Noor.


Smart English..sedang menunggu giliran..


 Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mencungkil minat membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid. Membaca bahan bacaan Bahasa Inggeris sangat tidak popular dalam kalangan murid-murid dan mereka kurang bermotivasi untuk membaca. Pertandingan ini memberi peluang dan pendedahan kepada mereka supaya rajin dan berminat untuk membaca bahan-bahan bacaan Bahasa Inggeris.


Sedang membuat persembahan


Bersama hadiah voucer RM240.. Johan Keseluruhan

SMART ENGLISH YDSM 2013 Peringkat Daerah Besut akan diadakan pada 16 April 2013 bertempat di SK Alor Peroi. Diharapkan para peserta SMART ENGLISH SKBK terus gigih berusaha dan tidak jemu membuat latihan-latihan yang telah dijadualkan oleh guru-guru pembimbing. Harapan sekolah agar peserta-peserta dapat membuat persembahan yang terbaik dan meneruskan kecemerlangan SKBK.

No comments:

Post a Comment