Sunday 21 April 2013

SK BUKIT KENAK JOHAN (P) DAN NAIB JOHAN (L) KEJOHANAN BOLA BALING MSS ZON JERTEH

17 APRIL  2013 - Pasukan Bola Baling SK Bukit Kenak telah berjaya merangkul ke dua-dua tempat bagi kejohanan Bola Baling MSS Zon Jerteh yang berlangsung di SK Tanah Merah. Kejohanan yang berlangsung selama dua hari iaitu bermula 17 April 2013 hingga 18 April 2013 telah disertai 9 buah sekolah rendah di Zon Jerteh. Pada kejohanan kali ini, SK Bukit Kenak telah menempa sejarahnya yang tersendiri apabila kedua-dua pasukan yang dihantar iaitu Lelaki 12 tahun dan perempuan 12 tahun telah berjaya melangkah masuk ke peringkat Separuh akhir dan akhir setelah memungut mata tertinggi diperingkat kumpulan untuk di nobatkan sebagai Johan (P) apabila memenangi kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Manakala bagi peserta lelaki di nobatkan sebagai naib johan kumpulan berdasarkan jumlah jaringan apabila berkongsi mata yang sama dengan SK Padang Luas.

Bergambar bersama guru pengiring selepas menerima hadiah..

Pada perlawanan Akhir di hari yang kedua, Pasukan SK Bukit Kenak perempuan bertemu dengan SK Pelagat dan telah berjaya mengalahkan pasukan  tersebut dengan jaringan 3-0 seterusnya dinobatkan sebagai Johan keseluruhan dan SK Pelagat, Naib Johan.  Manakala bagi pasukan lelaki, pada  perlawanan akhir SK Bukit Kenak sekali lagi bertemu dengan SK Padang Luas dan akhirnya SK Bukit Kenak terpaksa mengalah di masa tambahan dengan jaringan 1-0 dan seterusnya di nobat sebagai Naib Johan keleluruhan.


Perlawanan Akhir SK Bukit Kenak bertemu SK Pelagat..

Admin mengucapkan syabas dan tahniah, kepada semua guru bola baling sekolah, terutama jurulatihnya yang membuat persiapan yang rapi untuk perlawanan ini. Semoga kejayaan pada tahun ini menjadi pembakar semangat untuk perlawanan di peringkat Daerah kelak.  Seramai 5 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan telah terpilih untuk mewakili Daerah dalam Kejohanan Bola Baling MSS Daerah Besut yang akan berlangsung pada 23 April 2013 dan 24 April 2013 di SMK Nasharuddin Shah, Alor Lintang. Selamat berjaya.

Johan Kategori Perempuan 12 Tahun.. SKBK.


Naib Johan Kategori Lelaki 12 Tahun.. SKBK






DIN/din/2013

No comments:

Post a Comment