Monday 26 August 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

26 OGOS 2013, JERTEH - Sudah menjadi satu kebiasaan bagi warga SK Bukit Kenak menyambut Hari Raya dengan penuh kemeriahaan.  Majlis anjuran bersama antara pihak sekolah, PIBG dan JKKK sekitar SK Bukit Kenak ini sudah menjadi kelaziman setiap kali sambutan Hari Raya. Pada majlis sambutan hari raya kali ini,  9 JKKK yang terdiri dari JKKK Gong Nangka, JKKK Alor Saji, JKKK Gong Lilit, JKKK Gerai, JKKK Pak Wong, JKKK Lay Out Gerai, JKKK Bukit Kenak, JKKK Pohon Tal dan JKKK Sri Aman bergotong royong  menyediakan juadah utama bagi kios masing-masing untuk dijamu kepada pelajar. Setiap JKKK dan ahlinya akan diberi  satu  kios bagi menyediakan sajian mereka masing-masing. Terdapat 9 juadah istimewa yang disediakan oleh 9 JKKK ini di kios masing-masing pada tahun ini.  Sambutan dimeriahkan lagi dengan penglibatan AJK PIBG dan ibubapa yang membantu menyediakan juadah hari raya kali ini.



Antara JKKK Mukim Bukit Kenak yang terlibat dalam menyediakan juadah hari raya

Majlis dimulakan seawal jam 7.45 pagi dimana pelajar-pelajar berkumpul di dewan terbuka SKBK.  Seterusnya pelajar-pelajar meletakkan kuih-kuih raya yang dibawa bersama di atas meja berhampiran dewan dan dibantu oleh guru-guru.  Program diteruskan lagi dengan pertandingan mewarna bagi semua pelajar.


Seterusnya ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Pegawai Perhubungan Sekolah Balai Polis Daerah Besut, JKKK-JKKK Mukim Bukit Kenak, AJK PIBG dan dif-dif jemputan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain b. Wan  Bakar, diikuti ucapan ringkas dari Pengerusi PIBG, En. Wan Mohd. Najib b Wan Hassan  dan seterusnya ucapan perasmian Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Tn. Hj. Ab. Halim b Hj. Hassan.  Acara kemuncak majlis sambutan hari raya diteruskan lagi dengan jamuan hari raya kepada semua pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibubapa dan dif-dif jemputan

Ucapan pengerusi majlis dan bacaan doa oleh Tn. Hj Mohd. Faiz b. Awang, GPK 1


Ketibaan Tn. Pegawai Pelajarn Daerah Besut dan dif jemputan. Ucapan perasmian oleh Tn. Pegawai Pelajaran Daerah Besut Tn. Haji Ab. Halim b. Hj. Hassan

 Sewaktu jamuan,  pelajar akan bergerak ke kios-kios yang disediakan oleh JKKK untuk memilih makanan yang disediakan. Antara makanan utama yang disediakan oleh setiap JKKK adalah  seperti Ketupat pulut, Mee kari, Laksa peneng, Lemang bersama rendang, Nasi Minyak, Bihun Goreng bersama keropok, Nasi Impik, Nasi dagang dan Tapai. Sambutan Hari Raya dimeriahkan lagi dengan alunan lagu-lagu raya yang dinyanyikan oleh guru-guru, pelajar dan mereka yang berminat untuk menuju lagu raya kepada guru-guru yang mereka.


Pelajar menjamu selera bersama-sama








Guru-guru SKBK segak bergaya di hari raya..



Dif jemputan, JKKK, AJK PIBG dan ibu bapa juga turut sama memeriahkan majlis




Sekitar majlis sambutan hari raya..


Persembahan pelajar




DIN/din/2013

No comments:

Post a Comment