Sk Bukit Kenak - Telah berlangsung Program Motivasi dan Temu Murni Murid Tahun 6 di Dewan Terbuka SKBK. Ini melibatkan semua ibu bapa dan murid tahun 6. Seawal jam 8 pagi para ibu bapa memasuki dewan terbuka SKBK dan mereka duduk sebelah menyebelah dengan anak masing-masing. En. Yusoff bin Mamat membuka tirai program sebagai pengerusi majlis.
Dalam pada itu, Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar menyampaikan amanat beliau kepada semua yang hadir. Antara intipati ucapan beliau ialah prestasi OTI 1 yang merosot berbandibg tahun-tahnu lepas yang mana pad tahun 2013, SKBK mencatat kenaikan 20% 5A dan melepasi target negeri. Sehubungan dengan itu beliau menyeru agar pihak ibu bapa agar menekankan kehadiran murid ke kelas tambahan. Usaha pihak sekolah juga dapat dilihat melalui program Bengkel Teknik Menjawab Soalan Hujung Minggu yang bermula sejak 12 April lagi selama 2 minggu berturut-turut. Yang mana bengkel ini dikendalikan oleh pakar Matapelajaran sendiri yang dijemput khas.
Pendaftaran Ibu bapa dan murid mengikut kelas dan ketibaan Pakar Motivasi Dr. Arzek dari Umi consultant |
Penyampaian Insentif kepad murid yang mendapat keputusan yang baik dalam OTI 1 |
Insentif ini disampaikan sendiri oleh Guru Besar SKBK. Ini adalah sebagai perangsang kepada murid-murid lain untuk berusaha mencatat keputusan yang lebih baik.
Pelbagai reaksi dari murid dan Ibu bapa |
Selesai majlis penyampaian Insentif Tahun 6, program motivasi diteruskan dengan penampilan hebat Pakar Motivasi, Dr. Arzek dari Umi Consultant. Pelbagai pendekatan yang beliau gunakan bagi meimbulkan kesedaran tentang peri pentingnya berusaha mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Para ibu bapa juga dilhat tersentuh dengan pendekatan beliau.
Majlis Temu Murni Guru Kelas dengan Ibu bapa |
Seusai program Motivasi, Ibu bapa diberi ruang untuk bertemu dengan guru kelas anak mereka untuk mendapatkan keputusan OTI 1 serta berkomunikasi sendiri dengan guru kelas tentang anak mereka.
Usaha pihak sekolah ini amatlah murni bagi kecemerlangan anak didik SKBK dan masa depan mereka kelak.
No comments:
Post a Comment