Monday 26 May 2014

MESYUARAT AGONG PIBG SKBK TAHUN 2014


SK Bukit Kenak - Telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG kali ke-30 bertempat di dewan Terbuka SKBK dengan jayanya. Majlis yang bermula seawal jam 10.00 pagi dihadiri oleh para ibu bapa serta Perasmi iaitu YB. Tuan Haji Pehimi bin Yusof selaku ADUN Jerteh merangkap Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Masyarakat serta Wakil PPD Besut dan Ahli tertinggi  PIBG.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi Majlis iaitu En. Nasober Ibrahim dan Cik Suhaila Abu Bakar. Tuan Guru Besar dijemput memberi ucapan kepada semua yang hadir. Antara intipati ucapan beliau ialah, peranan SKBK dalam tahu 2014 yang menjadi tumpuan JPNT, PPD dalam menjadi tuan rumah bagi acara seperti English Fun Fair, Pesta Pantun serta Majlis Tadarrus Al-Qur'an. Beliau juga menerangkan matlamat SKBK dalam meningkatkan akses pembelajaran berasaskan internet kepada semua murid dan memohon jasabaik para ibu bapa dalam memberikan sumbangan kepada murid. Juga disentuh Target UPSR 2014 iaitu seramai 32 orang dan Program Akaemik UPSR yang akan dijalankan. Mengakhiri ucapan, beliau berkongsi cerita kejayaan Adik M. Shafiq Rozli yang mendapat pingat emas dalam MSSBD dan mewakili daerah ke MSSST juga kejayaan hebat guru serta murid dalam Karnival Usahawan Cilik peringkat Kebangsaan di mana SKBK yang menghantar dua penyertaan pulang dengan 4 Anugerah anjuran Universiti Malaysia Kelantan.

Seterusnya Pengerusi PIBG SKBK dalam ucapannya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran YB Adun Jerteh. Beliau menyatakan kesediaan pihak PIBG dalam membantu sekolah memandangkan bangunan SKBK yang teah siap dan diduduki sepenuhnya dan mengharapkan para ibu bapa agar bersedia menghantar anak-anak ke kelas tambahan pada waktu yang telah dijadualkan bagi membantu pihak sekolah. Dalam pada itu juga beliau memohon sumbangan kerusi sebanyak 500 unit
dari YB Adun dan sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah.

     Bagi merasmikan majlis, YB Hj. Pahemi bin Mohd. Yusof dalm ucapan beliau berbesar hati dan berbangga denga pencapaian SKBK dari aspek akademik serta pencapaian ko-kurikulum. Sebagai insentif, beliau menyatakan kesudian beliau untuk membawa murid-murid yang berjaya mengharumkan sekolah diperingkat daerah serta peringkat yang lebih tinggi jamuan di KFC. Beliau juga menjanjikan insentif yang lebih baik sekiranya SKBK mampu mencatatkan pencapaian UPSR yang cemerlang bagi tahun 2014.


Penyampaian insentif kecemerlangan kepada para murid Cemerlang UPSR 2014

Majlis juga diserikan dengan persembahan kumpulan Action Song SKBK yang berjaya mendapat tempat ke-2 diperingkat daerah serta persembahan nasyid oleh kumpulan Raudhatul Jannah.

Sesi mesyuarat Agong kali ke-30

Mesyuarat Agong kemudiannya diteruskan dengan dipengerusikan oleh En. Wan Najib selaku pengerusi PIBG. Pada tahun ini berlaku pelantikan baharu dalam jawatankuasa PIBG SKBK 2014.
 Jawatankuasa PIBG 2014

No comments:

Post a Comment