Monday 8 September 2014

MAJLIS RESTU ILMU DAN KUNJUNG KASIH OLEH YB ADUN JERTEH

SK Bukit Kenak - 7 September 2014, telah berlansung Majlis Restu Ilmu Murid Tahun 6 di Dewan Terbuka SKBK. Yang mana seramai 82 orang calon UPSR berkumpul bagi mendengar amanat dari para guru dan Guru Besar sendiri bagi mereka menghadapi UPSR yang akan tiba kurang 2 hari lagi.

Aturcara Majlis :

8.15 pagi :    Aluan Pengerusi Majlis
8.20 pagi :    Amanat dari Ketua Panitia :
                     - YM Tuan Roslan Long Ahmad : Panitia Bahasa Melayu
                     - En. Khairul Azizi Mohd. Yusof : Panitia Matematik
                     - YM Tuan Norzila bt. Tuan Man : Panitia Sains
                     - Pn. Roslina Mat Yasin : Penyelaras UPSR
9.00 pagi :    Ucapan Guru Besar
                     Pemyamapaian Hadiah Terbaik Percubaan UPSR
9.15 pagi :    Bersalaman dengan semua guru SKBK.


Ucapan Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar serta panitia-panitia berkenaan.
Pelbagai pesanan disampaikan oleh para ketua Panitia berkenaan dan bertitik tolak kepada peri pentingnya pengurusan masa dan sikap murid dalam menghadapi peperiksaan penting ini.
Manakala dalam ucapan Guru besar, beliau banyak menekankan tentang pentingnya usaha dan pengurusan diri murid untuk mereka mencapai keputusan yang baik serta memohon restu para guru dan ibu bapa dalam memperolehi keberkatan ilmu dunia dan akhirat.

Tengah : 5 orang murid yang menerima hadiah terbaik 5A Percubaan bergambar berama pihak pentadbiran SKBK.
Semua Murid bersalaman memoho restu dari para guru SKBK


Senarai Murid yang mendapat 5A percubaan UPSR :
1. Muhd. Harith bin Muawiyah
2. Nor Amiral bt. Muhammad
3. Nurul Izzah bt. Ramli
4. Nur Maisarah bt. Said
5. Nur Syafikah bt. Abdullah


Dalam pada itu, satu kunjungan istimewa untuk caon UPSR dibuat oleh YB. ADUN Jerteh, Tn. Hj. Muhammad Pehimi b. Yusof. Kunjungan ini bagi memberi semangat dan sokongan moral tanda prihatin beliau terhadap pendidikan anak setempat. Pertemuan lebih sejam ini memberikan banyak makna kepada para calon UPSR kerana beliau bukan sahaja ingin melihat mereka berjaya malah menaikkan nama DUN Jerteh dan Besut amnya. Kata-kata semangat yang beliau ucapkan dilihat terkesan apabila rata-rata calon menampakkan semangat mereka untuk menghadapi peperiksaan dan melaungkan ucapan terima kasih kepada para guru SKBK.

Program Kunjung Kasih oleh YB Muhammad Pehimi b. Yusoff ADUN Jerteh : Menyampaikan amanat berharga kepada para calon UPSR 2014.
Yang Berhormat juga ada menjanjikan dua perkara sekiranya DUN Jerteh menjadi teratas dalam UPSR dan SKBK khususnya. Beliau menitipkan sedikit cenderahati kepada semua  calon sebagai pembakar semangat.

Menyampaikan sedikit cenderahati kepada semua calon UPSR dan RM100 kepada 5 murid terbaik percubaan UPSR
Terima Kasih YB kerana sudi hadir ke sekolah kami. Terima Kasih Para Guru. Terima Kasih Para ibubapa dan Selamat Maju Jaya kepada semua calon UPSR 2014.

No comments:

Post a Comment