Laporan Oleh : Mohd. Shahril Md. Shah
(Penyelaras PPKI)
![]() |
Pingat yang dimenangi |
Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Bukit
Kenak (PPKI SKBK) telah menghantar seramai 8 orang murid untuk menyertai 6 dari
8 acara yang dipertandingkan bagi kategori Junior Lelaki dan Junior Perempuan.
Walaupun PPKI SKBK gagal mempertahankan takhta kejuaraan seperti yang dimenangi
pada tahun lepas, PPKI SKBK masih mampu meraih kejayaan dengan merangkul 1
pingat Emas dan 3 pingat Perak. PPKI SKBK meraih tempat kedua keseluruhan dari
lain-lain sekolah yang bertanding di belakang Sekolah Kebangsaan Permaisuri Nur
Zahirah.
![]() |
Majlis Penyampaian Pingat. |
Walaupun sekadar tempat kedua keseluruhan, murid-murid PPKI
SKBK telah berjaya melonjakkan imej SKBK sebagai pencabar pada kejohanan
tahunan ini. Seorang murid PPKI SKBK iaitu Nor Fatihah Bt Nordin telah
terpilih mewakili daerah Besut ke Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas
Peringkat Negeri pada 27 dan 28 April 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Bil
|
Nama Murid
|
Acara
|
Kejayaan
|
1
|
Nor
Fatihah Bt Nordin
|
Lontar
Peluru P
|
Pingat
Emas
|
2
|
Siti
Noorliayana Bt Ahmad Rosli
|
Lompat
Jauh P
|
Pingat
Perak
|
3
|
Khairul
Azman Bin Abd Ghafar
|
Lontar
Peluru L
|
Pingat
Perak
|
4
|
Pasukan
4X100m Lelaki
|
4x100meter
L
|
Pingat
Perak
|
saya sangat bangga walau pun
ReplyDelete