Friday 19 June 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015

SK Bukit Kenak, 18 Mei 2015 - Sambutan Hari Guru pada tahun ini agak meriah dengan pelbagai aktiviti diatur. Dengan kehadiran para murid SKBK, guru-guru KAFA, wakil PIBG serta Staf SKBK, Hari Guru disambut dengan begitu meriah dan bermakna.

Sambutan dari murid-murid SKBK
 Anak-anak SKBK berkumpul seawal 7.45 pagi sebelum mengambil tempat di dewan Al-Khawarizmi. Manakala seekor lembu disumbangkan oleh Pengusaha kantin, Puan Amnum sempena hari Guru kali ini. Guru-guru lelaki serta staf menyembelih sendiri lembu tersebut dan menyediakannya untuk dimasak.
Gotong-royong memasak oleh para guru dan staf SKBK

Memasak untuk semua warga SKBK

Perarakan guru SKBK yang diiringi oleh para murid serta wakil PIBG
Aktiviti pertama ialah perarakan masuk guru SKBK dengan diiringi oleh tuan Guru Besar, GPK 1, NYDP PIBG Dato' Kamaruzzaman dan isteri serta guru-guru. Perarakan ini diringi oleh paluan kompang oleh kumpulan kompang SKBK dibawah seliaan Cikgu YM Ku Hashim bin Tg. Kechik.
Ucapan Perutusan Hari Guru serta NYDP PIBG
 Kemuncak sambutan ialah penyampaian perutusan hari Guru serta ucapan yang dihadiri oleh semua murid SKBK. Sebanyak 4 biji kek disumbangkan oleh PIBG, Bank Rakyat, ADUN Jerteh serta Kedai Sekolah.
Ucapan wakil murid serta Guru Besar menerima Hadiah Kek dari Bank Rakyat sempena Hari Guru

Bacaan Ikrar Hari Guru serta Nyanyian lagu Guru Malaysia serta lagu-lagu patriot
Hari Guru dimeriahkan lagi dengan kehadiran KPPD Tn. Hj. Ab. Halim bin Hasan serta Tn. Hj. Abdul Rashid bin Idris

Persembahan Choral Speaking oleh murid SKBK dengan Tajuk "Teacher" serta nyayian oleh NYDP PIBG, Dato' Kamaruzzaman dan isteri serta para guru SKBK. 

Jamuan makan tengahari kepada semua murid serta seluruh warga SKBK
Alhamdulillah sambutan Hari Guru SKBK berjalan lancar dan meriah dengan semua warga SKBK meraikannya dengan menghargai setiap pengorbanan guru mendidik anak-anak SKBK.
TERIMA KASIH CIKGU, SAYA SAYANG CIKGU SAYA.

No comments:

Post a Comment