![]() |
| Para Penjaga Murid tahun 1 menghantar anak masing-masing ke kelas. Gambar Ihsan penjaga. |
Sunday, 11 January 2015
FIRST DAY, FIRST BELL, FIRST LESSON : SELAMAT MENEMPUHI SESI PERSEKOLAHAN 2015
SK Bukit Kenak - 11 Januari 2015, hari ini hari pertema sesi persekolahan 2015. Hujan renyai-renyai di awal subuh menyambut bersama hari yang lama dinantikan oleh warga SKBK. Trafik di hadapan sekolah agak sesak dengan kereta-kereta penjaga yang menghantar murid ke sekolah terutama murid Tahun 1.
Hari persekolahan berjalan lancar dengan semua persediaan yang telah dibuat oleh pihak pentadbiran guru.Semoga sesi 2015 ini lebih cemerlang dan berjalan lancar. Insya Allah.
Friday, 9 January 2015
RPT KSSR Semua Subjek Setiap Tahun & RPT Tingkatan 1 Hingga 5
Kepada semua warga pendidik SKBK klik pautan di bawah untuk mendapatkan RPT KSSR Tahun 1 hingga 5
RPT KSSR Tahun 1 - 5. Klik Di sini
RPT KSSR Tahun 1 - 5. Klik Di sini
HARI PENDAFTARAN DAN MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH KALI PERTAMA 2015
Sk Bukit Kenak - Pada 8 Januari yang lalu telah berlansung Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali pertama 2015 yang di hadiri oleh semua guru dan staff SKBK sejurus selesainya Pendaftaran murid bagi sesi 2015. Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama SKBK, mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang berusaha Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Muhd. Zain bin Wan Bakar.
![]() |
| Para Guru dan Staff SKBK |
Tuan Guru Besar memulakan mesyuarat dengan ucapan aluan beliau yang menggambarkan perasaan terima kasih dan bangga dengan warga skbk yang seperti keluarga. Beliau seterusnya menyentuh perihal tugas dan tanggungjawab para pendidik dalam melaksanakan amanat. Ditekankan juga isu First Day, First Bell, First Lesson. Beliau dalam pada itu meminta para juga menambahbaik aspek dokumentasi dimana setiap guru dibekalkan satu fail PPB untuk memartabatkan lagi tugas para guru. Bermula tahun 2015 ini juga, SKBK akan menggunapakai sistem 'Punch Card' bagi merekod kehadiran guru dan staf.
![]() |
| Dokumen penting bagi sesi persekolahan. |
SKBK pada tahun ini menerima dua warga baru, iaitu En. Wan Suhaimi Wan Hassan iaitu GPK HEM yang baru dari SK Kuala Besut 2 dan Cik Hajah Zarida dari SK Pasir Akar. Manakala kekosongan GPK Pentadbiran diisi oleh Tn. Hj. Abdul Yazid bi. Muhd. Zain mantan GPK HEM SKBK. Para guru juga diberikan penerangan jelas tentang bidang tugas masing-masing bagi sesi 2015 dan tidak banyak perubahan besar berlaku sama ada dalam J/Kuasa Kurikulum, J/Kuasa HEM mahupun J/K Ko-kurikulum.
![]() |
| Mendengar amanat yang disampaikan oleh barisan kepimpinan SKBK. |
Semoga sesi persekolahan yang akan bermula pada 11 Januari depan bakal menjanjikan transformasi serta penambahbaikan yang akan membawa SKBK ke puncak kegemilangan. Insya Allah.
Wednesday, 3 December 2014
PENGUMUMAN KEPUTUSAN UPSR 2014
SK Bukit Kenak - Tanggal 26 November 2014, satu tarikh yang dinanti-natikan oleh semua warga SKBK, iaitu tarikh keputusan Ujuan Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 telah diumumkan. Keputusan pada tahun ini kurang memberansangkan dari sudut peratusan 5A dan A. Namun tidak banyak penurunan berlaku dari peratusan lulus. Keputusan ini diterima dengan penuh redha dan syukur dengan azam yang lebih tinggi bagi tahun 2015.
Senarai calon yang mendapat 5A :
1. Nur Maisarah bt. Said - 6 Jaya
2. Nurul Izzah bt. Ramli - 6 Jaya
3. Mohd. Qhaidir - 6 Jaya
Tahniah dan syabas kepada semua guru SKBk serta anak-anak SKBK.
![]() |
| Alu-aluan pengerusi majlis |
![]() |
| Kehadiran para murid dan ibu bapa |
![]() |
| Pengumuman oleh Tuan Guru Besar En. wan Mohd. Zain bin Wan Bakar |
1. Nur Maisarah bt. Said - 6 Jaya
2. Nurul Izzah bt. Ramli - 6 Jaya
3. Mohd. Qhaidir - 6 Jaya
![]() |
| Antara 2 orang calon yang mendapat keputusan 5A |
![]() |
| Analisa Pencapaian Keseluruhan dengan GPS 2.4 |
SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA GURU DAN MURID SKBK: JUMPA LAGI 2015
![]() |
| 1001 Kenangan di tahun 2014.. Semoga 2015 lebih Cemerlang dan gemilang! |
Selaku Admin Blog SKBK 2014, di sini saya mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang tidak disedari sepanjang mengendalikan blog SKBK ini. Semoga blog ini memberikan banyak info dan maklumat kepada semua warga SKBK dan juga masyarakat.
~Yusni Ab. Llah ~
SEKITAR MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI MOHAMED FAIZ BIN AWANG GPK PENTADBIRAN
SK Bukit Kenak - Jasamu dikenang, Seribu kenangan, itulah gambaran warga SKBK di atas kehilangan seorang lagi insan istimewa yang sangat berjasa kepada SKBK tercinta. Tak lain tak bukan Guru Penolong kanan Pentadbiran, Tuan Hj. Mohamed Faiz bin Awang. Selama 6 tahun menyemai bakti di SKBK serta 35 tahun perkhidmatan beliau sebagai guru, akhirnya hari yang bersejarah tiba.
Kronologi Perkhidmatan Cemerlang
Persaraan beliau ini satu kehilangan besar yang sukar diganti, dek sifat beliau yang amat prihatin, bertanggungjawab dan mesra dengan para guru dan staff serta murid-murid.
![]() |
| Ketibaan Ustaz Mohamed Faiz dengan diarak dalam Beca serta disambut semua warga SKBK |
![]() |
| Persembahan Pencak Silat oleh Persatuan Gayume Stame Gare, Bachok. |
![]() |
| Persembahan Nasyid serta Dikir Barat oleh anak-anak SKBK yang ditujukan khas untuk Tn. Hj. Mohamed Faiz |
![]() |
| Bacaan Biodata oleh Ustazah Rosmaria Arifin serta tayangan video Khas untuk yang diraikan Ustaz |
Pemuda sangat meminati
sukan bola sepak ini, memulakan
perkhidmatan beliau sebagai guru apabila ditempatkan di SMK Putatan, Sabah pada
1979. Berada di negeri di bawah bayu sehingga Disember 1981 di mana terpaksa
berjauhan selama setahun dengan isteri dan anak tercinta demi berkhidmat untuk
negara.
Langit tidak selalu mendung, sinar harapan untuk pulang ke semenanjung tiba
apabila beliau akhirnya telah dihantar pulang bertugas di SK Guntong, Setiu
pada 1 Januari 1982 sehingga 1985.
Bak kata pepatah, jauh berjalan luas pengetahuan, pada Januari 1986, beliau
telah dihantar bertugas pula di SK Beting Lintang sehingga 31 Disember 1987.
Mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu untuk menjadi pendidik yang berdedikasi.
Pada 1 januari 1988, beliau menyambung perkhidmatan di SK Alor Peroi
sehingga disember 1999 iaitu selama setahun. Rakan sekerja yang sangat prihatin
dan baik ini kemudiannya membina pengalaman baru beliau apabila dihantar
bertugas nun jauh di SK Pulau Perhentian pada 1 Jan 1989 sehingga 31 Disember
1990 yang menuntut pengorbanan meninggalkan isteri dan anak-anak tercinta.
Namun apakan daya, demi tugas beliau gagahkan jua.
Takdir Allah mengubah segalanya apabila pada tanggal 1 Januari 1991, beliau
pulang bertugas di SRJK(C) Chung Hwa Jerteh, yang lebih dekat dengan keluarga
tercinta. Komitmen dan dedikasi yang beliau tunjukkan telah memenangi hati
pentadbir sekolah sehingga beliau diamanahkan sebagai Guru Penolong kanan
Ko-Kurikulum lantikan sekolah pada masa itu sehingga 31 Disember 1992.
Menimba pelbagai pengalaman, beliau kemudiannya bertugas di SK Jabi, Besut
bermula 1 Jan 1993 sehingga 31 Disember 1998. Pada tahu ke-5 berkhidmat di SK
Jabi, beliau sekali lagi diamanahkan sebagai GPK Ko-Kurikulum Lantikan sekolah
dek komitmen yang ditunjukkan beliau.
Setelah 5 tahun berkhidmat di SK Jabi, khidmat beliau kemudiannya
diperlukan di SK Alor Lintah iaitu bermula 1 Januari 1999 sehingga 15 Oktober
2002 selama 2 tahun. Seperti biasa, di sana beliau amat disenangi kerana sikap
beliau yang prihatin dan suka membantu.
Akhirnya panggilan bertugas ke SK Tok Dor terpaksa disahut bermula 16
Oktober 2002. Beliau telah mencurahkan bakti di sana selama lebih kurang 2
tahun lebih iaitu sehingga Julai 2004.
Setelah sekian lama berkhidmat mendidik anak bangsa, beliau kemudiannya
dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum dengan memulakam
tugas beliau tersebut di SK Pengkalan Nyireh pada 1 Ogos 2004 sehingga 15 Ogos
2008. Dek minat yang mendalam, beliau telah berjaya membuat pelbagai perubahan
serta melonjakkan aktiviti ko-kurikulum di Sk Pengkalan Nyireh.
Tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih, walaupun sedih untuk meninggalkan SK
Pengkalan Nyireh, pada 16 Ogos 2008, beliau tetap tabah menerima ketentuan
apabila beliau dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di sekolah yang asing bagi
beliau. Sekolah tersebut tidak lain SK Bukit Kenak Tercinta.
Perkhidmatan beliau yang cemerlang telah memungkinkan beliau di angkat
sebagai Guru Penolong kanan Pentadbiran bermula 15 Ogos 2011. Dianggap sebagai
seorang rakan sekerja, abang dan ayah yang amat rapat dengan para guru dan
staf, beliau amat disenangi dan disegani dab sangat menggemari minuma Nescafe
Ais atau nescafe beng . Bersama melalui pelbagai kepayahan dan kesulitan dalam
menyempurnakan tugas bersama guru-guru telah menyebabkan beliau amat dekat di
hati semua. Beliau kini akan menamatkan perkhidmatan beliau di SKBK tercinta
ini sebagai guru Penolong kanan Pentadbiran.
Sepanjang perkhidmatan beliau, beliau pernah mendapat melintang dalam
perkhidmatan semasa Skim Saraan Baru SSB pada tahun 1996. Dan diatas
kecemerlangan beliau juga, pada tahun 1997, beliau dianugerahkan anugerah
Perkhidmatan Cemerlang di Sk Jabi.
Dan yang terkini beliau sekali lagi mendapat Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang bagi tahun 2013 di SKBK tercinta ini. Syabas dan tahniah diatas
kejayaan yang telah cicapai oleh beliau.
Insan yang terkenal dengan sifat beliau yang tidak lokek berkongsi
pengetahuan dan pengalaman melatih nasyid. Beliau amat dikenali sebagai Ketua
hakim Nasyid Daerah bermula pada tahun 1995 sehingga 2014. Diperingkat negeri,
beliau merupakan Hakim nasyid Festival nasyid sekolah-sekolah kementerian
pendidikan Malaysia sejak tahun 1996 sehingga 2010.
Apatah lagi pernah melatih pasukan nasyid Daerah ke peringkat negeri pada
tahun 1995 dan mendapat naib johan. Beliau juga berpengalaman melatih peserta
tilawah al-qur’an ke peringlat negeri dan
mendapat naib Johan pada tahun 1997 dan tempat ke-3 pada tahun berikutnya.
Baru-baru ini beliau juga turut melatih pasukan nasyid sekolah rendah Daerah ke peringkat negeri dan Pasukan Nasyid
SMK Tengku Mahmud yang mendapat Johan Negeri ke peringkat kebangsaan.
walau diuji penuh derita, kepada Allah diserah segala, Alhamdulillah
kesabaranmu terbayar juga...
Dengan falsafah hidup beliau ’ jangan sekali-kali menjatuhkan orang lain
untuk kejayaan diri’ guru yang tegas ini sangat amanah dengan setiap tanggungjawab
yang diberikan, akan melakukan sedaya mungkin untuk mencapai kejayaan. Bagi
beliau amanah perlu disempurnakan dengan sikap amanah.
Tidak kenal maka tak cinta, Insan yang dimaksudkan ialah, Tuan Haji Muhamed
Faiz bin Awang, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Kenak.
![]() |
| Hadiah kenang-kenangan dari pelbagai pihak sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan bakti beliau |
![]() |
| Bergambar kenang-kenangan sebelum melangkah meninggalkan SKBK |
![]() |
| Lambaian terakhir untuk SKBK |
![]() |
| Meraikan para guru dan staff dikediaman beliau di Taman Firdaus, Alor Lintang. |
![]() |
| Terima Kasih yang tidak terhingga dan Semoga Ustaz Mohamed Faiz akan sentiasa berbahagia di dalam rahmat dan Kasih sayang Allah. |
MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN TUAN HAJI MOHAMED FAIZ BIN AWANG GPK PENTADBIRAN
SK Bukit Kenak - 19 November 2014, bertempat didewan terbuka SKBK, satu Majlis Makan Malam bagi meraikan Persaraan Tnn. Hj. Mohamed Faiz bin Awang, telah diadakan dengan meriah sekali. Majlis ini juga bersempena Ulang Tahun Perkahwinan beliau yang ke-35 yang jatuh pada hari tersebut.
Aturcara Majlis :
6.30 malam - Persiapan Dewan
8.30 malam - Meyambut ketibaan yang diraikan bersama isteri
8.45 malam - Ucapan Guru Besar
- Nyayian Karaoke oleh guru dan staf
- Makan malam
9.00 malam - Yang diraikan bersama isteri ke pelaminan dan memotong kek Ulang TAhun
- Nyayian Karaoke oleh guru dan staf.
- Sesi bergambar
10.00 mlm - Majlis tamat
Majlis ini yang meriah ini dihidangkan dengan kambing bakar alternatif dari Cikgu Kamarol Hisham bin Sulong serta hidangan Nasi oleh Pengusaha Kantin.
![]() |
| Tn. Hj. Mohamed Faiz serta isteri memotong kek ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-35 |
![]() |
| Ucapan Guru Besar dan Sesi Bergambar bersama Guru Lelaki |
Tuan Guru Besar, En. Wan Muhd. Zain bin Wan Bakar dalam ucapan beliau merakamkan jutaan penghargaan kepada jasa dan sumbangan yang diraikan dan disifatkan sebagai kehilangan besar SKBK. Dan beliau berharap agar Ustaz Mohamed Faiz akan tetap sudi berkunjung ke SKBK walaupun tidak lagi bertugas di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)























