SAMPAI BILA HARUS BEGINI..
25 FEBRUARI 2013, Sampai bila harus mengharungi air sebegini lagi! Itulah yang bermain di fikiran guru dan pelajar di SK Bukit Kenak kerana terpaksa mengharungi air setiap kali hujan untuk ke kelas mahupun untuk bergerak di sekitar sekolah. Setiap kali hujan air akan memenuhi setiap laluan ke kelas, ke kantin, bilik guru dan laluan ke pejabat. Malah pada hari ini, keadaan hujan yang tidak henti-henti selama 3 hari berturut-turut menyebabkan air melimpah memasuki kelas dan bilik guru menyebabkan pengajaran dan pembelajaran pelajar banyak terganggu. Keadaan pelajar yang basah kuyup kerana terpaksa bergerak tanpa laluan khas menyebabkan mereka tidak selesa ketika mengikuti P&P. Selain itu, bilik guru yang digelanggi air turut menyebabkan ketidakselesaan untuk guru-guru bergerak dan menyiapkan tugasan. Bukan itu sahaja, keadaan ini juga menyebabkan banyak peralatan elektrik, elektronik dan komputer terpaksa dialihkan setiap masa apabila air melimpah masuk ke bilik guru. Perabot-perabot di bilik guru dan kelas juga terpaksa digelanggi air sepanjang hari hujan.
|
Air memenuhi setiap ruang di sekitar sekolah selepas hujan petang tadi... |
|
Laluan ke kantin dan ke kelas di tengelami air. Pelajar terpaksa menggunakan titi kayu untuk bergerak.. |
|
Menggunakan titi kayu untuk ke kelas.. |
Keadaan ini sudah lama berlaku semenjak pembinaan blok-blok baru yang belum siap sepenuhnya sejak 3 tahun lalu. Ini menyebabkan saluran longkang tersumbat dan tiada aliran air keluar kerana pembinaan blok sekolah yang masih belum sepenuhnya. Aliran air ini seterusnya akan memenuhi sekitar sekolah dan memasuki kelas. Bagi ibubapa juga, menjadi satu kerumitan kerana terpaksa menurun dan mengambil pelajar di depan pintu sekolah, ditengah-tengah hujan lebat menyebabkan anak-anak mereka terpaksa berlari untuk mencari tempat berteduh sebelum ke kelas.
|
Air memasuki kelas... guru terpaksa menggunakan titi kayu untuk ke kelas.. |
|
Bilik guru digelanggi air..
|
No comments:
Post a Comment