LAWATAN KE KARNIVAL BUKU TERENGGANU
6 MAC 2013, Seramai 45 orang pelajar bersama dengan 6 orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Karnival Buku Terengganu yang berlangsung dari 28 Feb hingga 9 Mac 2013. Rombongan pelajar seramai 45 orang ini telah bertolak dari SK Bukit Kenak sekitar jam 8 pagi dan tiba di Terengganu Trade Centre (TTC) sekitar jam 10 Pagi. Lawatan yang diketuai oleh Kaunselor Sekolah, Encik Yusof b. Mamat bersama 5 guru pengiring telah menggunakan sepenuhnya masa selama hampir 3 jam di TTC untuk melihat pelbagai jenis buku dengan tawaran harga yang cukup hebat. Selain untuk mendedahkan kepada pelajar dengan pelbagai bahan bacaan di pasaran dan menarik minat pelajar terhadap bahan bacaan tersebut, lawatan ini juga bertujuan untuk mengumpul bahan bacaan yang sesuai untuk digunakan di sekolah.
|
Karnival Buku Terengganu |
|
Sibuk memilih buku yang sesuai... |
Setelah seharian berada di TTC bersama buku-buku, pelajar-pelajar seterusnya di bawa untuk merehatkan minda dengan mengadakan lawatan ke Muzium Negeri Terenggganu di Losong dan Taman Tamadun Islam.
|
Rehatkan minda di Muzium Negeri Losong.. |
|
Santai... |
|
Menjamu selera sambil menghilangkan penat seharian berjalan... |
|
Melihat keagungan senibina islam di Taman Tamadun Islam (TTI) |
Seterusnya sebelum bertolak balik, tidak lengkap kiranya tidak membawa ole-ole dari terengganu untuk di bawa pulang. Rombongan seterusnya singgah sekejap di Mydin Mall untuk memberi ruang kepada pelajar membeli barang kepeluan untuk dibawa pulang. Sewaktu pejalanan pulang juga, rombongan sempat untuk singgah membeli keropok lekor Kg Tanjung yang terkenal dengan kesedapan untuk untuk dibawa balik sebagai ole-ole dari bandar Terengganu. Rombongan selamat tiba di sekolah sekitar Jam 7 malam. Admin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang menjayakan lawatan ini.
DIN/din/2013
No comments:
Post a Comment