Thursday, 19 September 2013

HARI KELUARGA SKBK

14 SEPT. 2013, Tok Bali Pasir Puteh  - BEGITU MERIAH DAN SANTAI.... Begitulah ungkapan yang  boleh ucapkan sepanjang 2 hari 1 malam Program Hari Keluarga yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SK Bukit Kenak. Program yang  bertempat di Sweet Beach Resort  Tok Bali Pasir Puteh itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada guru, kakitangan sekolah serta ahli keluarga masing-masing. Sebanyak 25 bilik telah ditempat khas untuk penginapan ahli keluarga SKBK. Para peserta dan ahli keluarga masing-masing telah mendaftar masuk ke resort pada Hari Jumaat. Acara pertama pada petang tersebut adalah acara bebas dimana ibubapa bersama anak masing- masing bermandi-manda di kolam renang dan bersantai di pantai.

Pendaftaran peserta ahli keluarga SKBK......

Bagi menghangatkan suasana, acara lebih meriah telah diadakan pada malamnya dengan bermula acara memancing ikan dan  BBQ.  Acara  memancing ikan telah bermula seawal jam 9.00 malam disertai lebih dari 10 peserta manakala bagi guru-guru yang tidak mengikuti acara memancing pula berkumpul beramai-ramai sambil menikmati ayam, ikan dan sotong bakar di persisiran pantai. Majlis tamat sekitar jam 1.00 pagi.


BBQ bersama ahli keluarga SKBK pada sebelah malam...

Pada Hari ke dua program, peserta telah bersedia seawal jam 7.00 pagi untuk mengikuti makan pagi. Seterusnya ke pantai untuk mendaftar bagi mengikuti beberapa acara telematch yang telah disusun sepanjang hari tersebut.  Sebaik selesai pendaftaran, bagi memanaskan badan semua ahli keluarga dan anak-anak kecil mengikut"Senamrobik Keluarga"  di bawah instraktornya Pn. Fanora bt. Mat dari D'Aura Fitnes.

Bermula dengan senamrobik seawal pagi di tepian pantai....

Program diteruskan lagi dengan acara bola sepak pantai yang disertai oleh guru-guru lelaki.  Dalam acara ini, peserta disyarakatkan memakai kain pelekat semasa acara berlangsung. Pelbagai gelagat peserta boleh di lihat sewaktu acara itu berlangsung.

Acara bola sepak pantai berkain pelikat... GPK juga tidak lepaskan peluang untuk mencuba..


Bermacam-macam aksi pemain dan peminat bola sepak  pantai dapat dilihat sepanjang kejohanan berlangsung


Program diteruskan lagi dengan beberapa cara kanak-kanak seperti bawa bola ping pong dengan sudu, tiup belon, baling belon berisi air, mengutip gula-gula  dan di akhiri dengan acara bola tampar pantai bagi ibu-ibu.

Acara mengutip  gula-gula untuk kanak-kanak bawah 5 tahun


Acara isi air dalam botol, bawa bola ping pong dengan sudu dan tiup belon turut juga diadakan bagi memeriahkan lagi suasana

Acara bola tampar pantai untuk kaum ibu

acara baling belon berisi air berpasangan


Bersantai bersama ahli keluarga masing-masing



Tamat sahaja acara telematch di pantai, peserta dan ahli keluarga seterusnya beralih tempat ke dewan makan untuk acara jamuan dan penyampaian hadiah seterusnya majlis penutup Program Hari Keluarga selama 2 hari di Sweet Beach Resort. Acara penyampaian hadiah dan penutup di rasmikan oleh Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar.
Ucapan perasmian dan majlis penyampaian cenderahati oleh Tn. Guru Besar, Pengerusi kelab guru dan GPK kepada  semua guru dan kakitangan.


Penyampaian cenderahati kepada semua guru dan staf serta penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara telematch

Penyampaian hadiah dalam acara BAYI TERCOMEL bersama ibu dan bapa masing-masing.


Menikmati jamuan makan tengahari sebaik selesai semua acara



Alhamdulillah program selama 2 hari telah mencapai objektifnya iaitu bagi merapatkan hubungan kekeluargaan sesama kakitangan SKBK. terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan Program Hari Keluarga SKBK bagi tahun ini. Tidak lupa juga kepada semua staf Sweet Beach Resort terutamanya pengurusnya En. Halimi b. Hj. Ibrahim di atas kerjasama yang diberikan sepanjang majlis ini berlangsung.



DIN/din/2013

No comments:

Post a Comment