Thursday 19 September 2013

SAMBUTAN SEMARAK KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

15 SEPT 2013, JERTEH - Bagi menanam semangat patriotik dan cintakan negara  di kalangan pelajar sekolah, satu Sambutan Semarak  Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah berjaya diadakan di Dewan Terbuka  SK Bukit Kenak.  Walaupun sambutannya yang agak sederhana namun sambutan ini tidak kurang meriahnya dengan aktiviti-aktivit sepanjang program tersebut berlangsung.

Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi di mana semua  guru dan pelajar berkumpul di dewan terbuka SKBK. Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Shakir b. Sofian.  Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan pengkisahan kemerdekaan Tanah Melayu yang disampaikan oleh tokoh tempatan yang juga merupakan JKKK Alor Saji, En. Fauzi b. Mohamed.  Pengkisahan yang begitu menarik ini sedikit sebanyak telah menarik minat pelajar tentang perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan dahulu dalam menuntut kemerdekaan di tanah melayu.   Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmaian Sambutan Semarak  Kemerdekaan oleh Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain b. Wan Bakar
Ucapan perasmian oleh Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd. Zain Wan Bakar, bacaan doa oleh Ustaz Shakir dan pengkisahan kemerdekaan oleh En. Fauzi b. Mohamed


Sebaik selesai sahaja ucapan perasmian oleh Tn. Guru Besar, para pelajar dan guru-guru bersama-sama menyanyikan 3 buah lagu patriotik dengan begitu bersemangat sekali dan disambut dengan laungan merdeka! merdeka! merdeka! sebanyak 3 kali oleh Tn. Guru Besar.

Guru-guru dan pelajar sama-sama menyanyikan 3 buah lagu patriotik sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang

Bagi melengkapkan lagi sambutan kali ini, diadakan juga pertandingan basikal berhias.  Bagi pelajar yang memasuki acara ini, para pelajar mestilah menghiaskan basikal masing-masing dengan jalur gemilang. Hiasan yang paling menarik dan kreatif akan diumumkan sebagai pemenang.  Selain daripada itu, para pelajar juga mengikut pertandingan melukis dan mengecat poster kemerdekaan.  Selesai sahaja majlis, para pelajar  mengikuti jamuan makan tengahari dan di akhiri dengna majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.  Program berakhir sekitar jam 1.00 tengahari.

Pertandingan basikal berhias..


Pertandingan mewarna poster Hari Kemerdekaan

Wajah-wajah merdeka...


Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang

DIN/din

No comments:

Post a Comment