Monday 11 November 2013

 HARI ANUGERAH DAN KECEMERLANGAN SKBK 2013


11 November 2013, SK Bukit Kenak - Bagi menghargai dan meraikan pencapaian setiap pelajar sebelum berakhirnya tahun persekolahan 2013, telah diadakan Hari Anugerah dan Kecemerlangan SKBK 2013 bertempat di Dewan Terbuka SKBK.  Program tahunan ini diadakan bagi memberi penghargaan dan meraikan kecemerlangn semua pelajar  yang menunjukkan potensi dalam bidang masing-masing  samada dalam bidang akademik mahupun ko-akademik.

Bagi memeriahkan  lagi program ini, ibubapa turut sama dijemput hadir bagi menemani anak masing-masing menerima anugerah kecemerlangan. Turut hadir memeriahkan lagi program ialah  YB Tuan Haji Muhammad Pehimi b. Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh yang seterusnya merasmikan Hari Anugerah dan Kecemerlangan pada tahun ini.




YB Tn. Haji Muhammad Pehimin b. Yusof, ADUN Jertih sedang menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah dan Kecemerlangan SKBK 2013


Program dimulakan sekitar jam 8.00 pagi, dimana para ibubapa dan palajar mendaftarkan diri di meja pendaftaran. Seterusnya ibubapa mengambil tempat masing-masing di dewan  terbuka manakala anak-anak pelajar yang bakal menerima anugerah pada hari ini berada dikhemah yang disediakan berhampiran dewan terbuka.

Ibubapa/penjaga bersama anak-anak yang bakal menerima anugerah

Bagi memberkati majlis, program diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Mat Rani b. Yacob sekitar jam 9.00 pagi. Seterusnya ucapan pembukaan oleh Tuan Guru Besar, Encik Wan Mohd Zain b. Wan Bakar. Di dalam ucapan pembukaan ini, beliau mengambil kesempatan untuk menjelaskan kepada ibubapa tentang Dasar Pendidikan Negara pada hari ini bagi menuju sebuah negara maju. Seiring dengan itu, beliau turut menjelaskan kepada ibu bapa tentang 1Bestarinet yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran bagi meningkatkan proses pembelajaran pelajar walau dimanapun berada.  Di dalam ucapannya, Tuan Guru Besar menjelaskan pentingnya istem frogVLE dan pembelajaran maya pada hari ini untuk diakses oleh ibubapa, pelajar dan guru bagi melihat dan mengikuti setiap program yang dianjurkan di sekolah. Tuan Guru Besar menamatkan ucapannya dengan menyeru agar semua ibubapa bersama-sama proaktif dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan oleh pihak kementerian bagi meningkatkan kejayaan anak-anak.


Tn. Guru Besar, En. Wan Mohd Zain b. Wan Bakar sedang menyampaikan ucapan

Sekitar jam 10 pagi, majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kecemerlangan kepada semua pelajar yang terlibat.  Majlis dimulakan dengan Anugerah Graduasi bagi pelajar pra sekolah.  Seramai 25 orang pelajar pra telah menerima anugerah graduasi masing-masing menandakan tamatnya persekolah meraka di kelas pra.  Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada semua pelajar tahun 1 hingga tahun 6 yang terlibat. Pada tahun ini beberapa anugerah telah disediakan seperti pelajar  terbaik setiap mata pelajaran, Pelajar terbaik di dalam kelas, Terbaik bagi kelas KAFA  dan Kedatangan penuh.  Bagi memeriahkan lagi program, turut diselitkan cabutan nombor bertuah bagi guru, kakitangan, pelajar dan ibubapa.  Disamping itu ibubapa juga dihidangkan dengan persembahan seperti actionsong dan nyayian pelajar.  Majlis ditamatkan dengan anugerah graduasi bagi pelajar-pelajar tahun 6 seramai 96 orang sebgai menandakan mereka telah menamatkan pengajian di sekolah rendah dan bakal ke sekolah menengah pada tahun hadapan.



Penerima-penerima anugerah kecemerlangan..

Acara kemuncak berlangsung sekitar jam 11.00 pagi dengan kehadiran YB Tuan Haji Muhammad Pehimi b. Yusof, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh bagi merasmikan Hari Anugerah dan Kecemerlangan SKBK 2013.  Di dalam ucapan beliau, YB Tuan Haji Pehimi meminta seluruh warga Bukit Kenak, ibubapa, masyarakat  memberikan komitmen dan perhatian yang lebih kepada anak-anak masing bagi memastikan anak-anak berada dilandasan yang betul bagi untuk menjadi insan yang berjaya. Selesai sahaja ucapan beliau, YB Tuan Haji Pehimin dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada kepada 4 orang tokoh pelajar SKBK.  Ke empat-empat mereka ini telah cemerlang di dalam bidang masing-masing.

Bersama 4 orang tokoh pelajar skbk 2013



DIN/din

No comments:

Post a Comment