Thursday 2 January 2014

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2014


SK Bukit Kenak - Awal Persekolahan bermula lagi dengan penuh keceriaan dan semangat iltizam yang baru. Tahun 2014 menyaksikan murid tahun satu seramai 92 orang menjadi warga SKBK. Seawal 7 pagi, kelihatan ramai penjaga yang menjalankan tanggungjawab mereka menghantar murid ke sekolah. Pelbagai karenah dan telatah dapat dilihat.

               Jam 7.30 pagi, perhimpunan ringkas dibuat di dewan terbuka SKBK yang dipengerusikan oleh En. Mohd. Yusof b. Mamat selaku kaunselor. Beliau mengalu-alukan kehadiran para murid, ibubapa dan guru dan seterusnya menjemput Penolong Kanan Pentadbiran Ustaz Mohd. Faiz bin Awang. Dalam ucapan beliau, beliau memberi sedikit penerangan kepada ibu bapa tentang perubahan kedudukan bilik darjah untuk tahun 2014 kerana bangunan baru sudah boleh diduduki, disamping program Transisi Murid Tahun 1 dari minggu pertama hingga ke minggu ke-3.

              Setelah itu Tuan Guru Besar dijemput memberikan ucapan yang mana dalam ucapan beliau amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan murid dalam memartabatkan prestasi SKBK. beliau juga mengingatkan tentang dasar-dasar kerajaan yang berkaitan dengan dunia pendidikan serta berpesan kepada warga SKBK agar berhati-hati dalam keadaan persekitaran sekolah yang belum sepenuhnya siap.


      Pelbagai karenah dapat dilihat mengimbau kembali kenangan lampau yang indah di alam persekolahan. Semoga tahun 2014 lebih cemerlang, menyerlahkan kehebatan Warga SKBK yang boleh dibanggakan.


No comments:

Post a Comment