Monday 3 February 2014

MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014

Sk Bukit Kenak - Majlis Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan 2014 telah diadakan pada 22 januari lalu yang bertempat di Dewan Terbuka SK Bukit Kenak. Ia merupakan salah satu dasar baru kerajaan bagi meringankan beban rakyat dalam menampung perbelanjaan awal tahun bagi mereka yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah. Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi ini dipengerusikan oleh Guru UBK SKBK, En. Yusoff bin Mamat.
Ceramah oleh En. Ghazali bin Che Noh mengisi slot bersama penjaga.

Bagi menjelaskan dasar kerajaan, En. Ghazali bin Che Noh selaku Exco UMNO Besut turut hadir bagi tujuan tersebut. Beliau mengharapkan para ibu bapa agar memanafaatkan bantuan kerajaan untuk pelajaran anak-anak di samping beberapa isu semasa yang timbul pada masa kini.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan guru besar SKBK, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Beliau dalam ucapan mengingatkan para penjaga agar prihatin dengan pelajaran anak-anak disamping membantu pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi sekolah. Turut diulas tentang peranan semua pihak termasuk PIBG dalam menjayakan Visi dan Misi sekolah serta beliau memberi sedikit penjelasan tentang kejayaan sekolah dalam UPSR yang meningkat sebanyak 20% dari sebelumnya.
Ucapan Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar
Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, Exco Kesihatan Negeri merangkap ADUN Jertih. Dalam ucapan beliau, beliau menjelaskan  isu penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Beliau juga menggalakkan umat islam sekitar utuk meneruskan sambutan Maulidur Rasul bagi memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada pelajar tentang cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Begitu juga menjelaskan dasar kerajaan berkenaan GST kepada masyarakat Bukit Kenak disamping meminta ibu bapa penjaga agar prihatin dengan pelajaran anak-anak yag akan membangunkan dengan negara kelak dan beliau seterusnya merasmikan majlis.
Majlis Perasmian dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014 kepada murid Tahun 6 Jaya oleh Y.B Muhammad Pehimi bin Yusof, ADUN Jertih 
Pengagihan bantuan di teruskan selepas itu yang bertempat dikantin sekolah, di mana para murid menerima sebanyak RM100 seorang bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing. Majlis ini berjaya diselesaikan pada jam 1.15 tengahari.
Ibu bapa mengambil wang bantuan persekolahan dari para guru kelas.

No comments:

Post a Comment