Thursday 10 April 2014

LAPORAN MAJLIS PELANCARAN PROMOSI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2014

SK Bukit Kenak , Jerteh - Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah mengadakan majlis Pelancaran Promosi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 2014 pada 20 Mac 2014 yang semua murid SK Bukit Kenak. Majlis tersebut yang bermula seawal 7.45 pagi telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk Bukit Kenak, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Majlis ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada semua murid SK Bukit Kenak berkenaan wujudnya Unit Bimbingan dan Kaunseling SKBK.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, Cik Nurul Aklima binti Saffeai dan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Fakrul Radzi bin Mokhtasar. Seusai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah di bawah bimbingan En. Ku Hashim bin Tengku Kechik.
Majlis diteruskan lagi dengan sedikit ucapan dari Kaunselor SK Bukit Kenak 2014, En. Yusoff bin Mamat.  Beliau menjelaskan temtang apa itu yang dimaksudkan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Beliau berharap dan mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan khidmat dari Unit Bimbingan dan Kaunseling. En. Yusoff bin Mamat selaku kaunselor mengatakan bahawa segala perkongsian murid yang terlibat akan dirahsiakan kecuali setelah mendapat kebenaran dan persetujuan murid itu sendiri. Turut berucap dalam majlis tersebut, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Tn. Hj. Abd. Yazid bin Mohd Zain yang mengatakan bahawa wujudnya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sesebuah sekolah. Ini adalah perlu bagi membantu murid-murid sekolah untuk mendapatkan khidmat nasihat. Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling bukan sahaja untuk murid yang bermasalah, malah ia penting bagi semua murid untuk medapatkan nasihat, pandangan serta pendapat, kata-kata semangat dalam bidang akademik. GPK HEM juga mengingatkan semua murid agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti jenayah, sama ada semasa berada di dalam mahupun di luar kawasan sekolah.
Interaksi dengan murid sebagai pelanggan UBK
Majlis Pelancaran Promosi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 2014 ini dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar. Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak menyampaikan sedikit ucapan, seterusnya merasmikan majlis ini.
Perasmian dan penyampaian Brosur dan Buletin UBK
Seterusnya majlis ini diteruskan lagi dengan penyampaian Brosur dan Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling kepada semua kelas tahap dua iaitu merangkumi Tahun 4, 5, dan 6. Penyampaian Brosur dan Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, diiringi oleh GPK HEM dan Kaunselor SK Bukit Kenak 2014. Ketua kelas setiap Tahun 4, 5 dan 6 dijemput hadir ke pentas untuk menerima Brosur dan Buletin Unit Bimbingan dan Kaunseling.
by Admin

No comments:

Post a Comment