Sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. |
SK Bukit Kenak - Pada 7 Ogos 2014 yang lalu, SKBK terus berwarna-warni meraikan Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Pelbagai aturcara disusun bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini. Pelbagai pihak dijemput bagi sambutan kali ini. Aturcara majlis berjalan sepertimana berikut :
7.45 pagi - Murid berkumpul di Dewan Terbuka SKBK / Taklimat
8.00 pagi - Jamuan sarapan pagi di kantin
9.00 pagi - Acara Dewan / Persembahan Murid dan Guru
10.30 pagi - Jamuan Hari Raya PIBG, Guru dan Staff serta Murid-murid SKBK
- Persembahan diteruskan.
12.45 tgh - Majlis Bersurai
Hanya gambar-gambar ini dapat menggambarkan kemeriahan hari Raya di SKBK. Buat julung-julung kalinya juadah hidangan kali ini disediakan oleh para pendidik SKBK mengikut unit Uniform, Guru KAFA, PIBG serta pengusaha Kantin.
Antaranya :
- St. John Ambulan - Nasi Minyak
- Puteri Islam - Rendang Daging dan Ayam
- TKRS - Ketupat dan tapai
- Pengakap - Mee Kari
- Pandu Puteri - Puding dan desert.
- Guru KAFA - Bihun
Penuh Warna-warni.. |
Taklimat serta jamuan sarapan pagi iaitu nasi minyak. |
Persembahan oleh murid serta Guru. Dari kanan, Cikgu Wan Norezamani sedang mendendangkan | sebuah lagu. |
Tidak ketinggalan nyanyian lagu hari raya oleh pekerja Swasta En. Fendi, Ustaz Rozani Hasan serta Cikgu Saifultera |
Hasil kerjasama semua pihak, majlis Sambutan Aidilfitri kali ini amat bermakna dan meriah. Semoga ia dapat mendekatkan silaturrahim di antara semua warga SKBK.
No comments:
Post a Comment