Wednesday 13 August 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN DUIT RAYA DAN SUMBANGAN HARI RAYA.


SK Bukit Kenak - Pada 23 Julai 2014 bersamaan 26 Ramadhan 2014 ,satu Majlis Khas Pengagihan duit Raya dan bantuan kepada murid terpilih ini telah diadakan di Dewan terbuka SKBK .Kutipan dibuat oleh Panita Agama Islam bersempena Ihya' Ramadhan. Pihak panitia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang, dengan doa semoga Allah memberi ganjaran sebaiknya serta mempermudahkan segala urusan yang baik.

Ucapan amanat dari Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar
Dalam ucapan tuan Guru Besar, beliau mengingatkan para murid agar menjaga keselamatan semasa cuti hari raya dengan mengelakkan diri dari bermain mercun serta  menasihatkan agar murid-murid dapat mengahayati pengertiaan Aidilfitri itu sendiri.


Hasil sumbangan daripada para guru dan staf SK Bukit Kenak dana sebanyak RM 2176.00 bagi perbelanjaan dana bingkisan Aidilfitri yang diagihkan kepada seramai 544 orang murid. Manakala zakat untuk murid miskin ialah RM 782 ini digunakan bagi membantu pelajar miskin, yatim dan yatim piatu. terpilih yang seramai 23 orang.

Penyampaian duit raya dan zakat kepada murid miskin.
Terpancar keceriaan di wajah murid-murid SK Bukit Kenak

Murid-murid juga bersalaman dengan semua warga pendidik SKBK, staf kakitangan dan pekerja swasta dalam majlis tersebut.

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara semua warga SKBK.


Semoga lebaran ini dapat membuka lembaran baru kepada SKBK dan seluruh warganya, bersama mengeratkan silaturrahim dan mencapai visi dan misi sebagai muslim sejati. Amin.

No comments:

Post a Comment