Wednesday 28 May 2014

Pertandingan Koir Kebersihan Peringkat Daerah Besut 2014

Sk Permaisuri Nur Zahirah, Kota Putera - Pertandingan tersebut berlangsung pada 15 Mei 2014 pada jam 11 pagi. Seramai 35 orang murid SKBK mewakili sekolah dalam pertandingan ini yang terdiri daripada murid tahun 3, 4 dan 5. Mereka menyanyikan dua buah lagu iaitu Negeri Terengganu Anjung Ilmu dan Negeri Bersih Rakyat Sihat.

Pasukan ini dibawah bimbingan dan seliaan Puan Zarinawati bt. Shaari, Pn. Norlizah bt. Surep dan Cik Suhaila Abu Bakar. Walaupun mendapat saguhati, pasukan koir SKBK tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan pada tahun-tahun akan datang.


Pesta Pantun Peringkat Negeri 2014

SK Bukit Kenak - Pada 15 dan 17 Mei 2014 yang lalu telah berlangsung Pesta Pantun Peringkat Negeri yang mana SKBK sekali lagi menjadi tuan rumah bagi acara ini. Yang mana peringkat suku akhir serta akhir berlangsung selama 2 hari. Daerah Besut diwakili oleh SK Pusat Jerteh selaku Johan peringkat Daerah.

Peringkat suku akhir menyaksikan pertemuan antara Daerah Besut dan Marang serta Dungun bertemu Setiu.

Sebahagian warga SKBK bersama GPK Pentadbiran di Pesta Pantun
 

Pertemuan antara Daerah Besut bertemu Daerah Dungun

Johan Peringkat Negeri disandang oleh Daerah Dungun. Tahniah

SKBK Tuan Rumah Pesta Pantun Peringkat Daerah Besut 2014

SK Bukit Kenak, 14 Mei 2014 - Telah berlangsung Pesta Pantun Peringkat Daerah dimana SKBK menjadi tuan rumah. Ianya berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 3 yang menyaksikan sekolah-sekolah dalam daerah Besut yang mewakili Zon masing-masing mengambil bahagian.

Pertandingan antara SK Pusat Jerteh melawan SK Bukit Jeruk

Peingkat Akhir Pesta Pantun Daerah Besut

Johan Pesta Pantun Peringkat Daerah dimenangi oleh SK Pusat Jerteh.

Monday 26 May 2014

MESYUARAT AGONG PIBG SKBK TAHUN 2014


SK Bukit Kenak - Telah berlangsung Mesyuarat Agong PIBG kali ke-30 bertempat di dewan Terbuka SKBK dengan jayanya. Majlis yang bermula seawal jam 10.00 pagi dihadiri oleh para ibu bapa serta Perasmi iaitu YB. Tuan Haji Pehimi bin Yusof selaku ADUN Jerteh merangkap Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Masyarakat serta Wakil PPD Besut dan Ahli tertinggi  PIBG.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi Majlis iaitu En. Nasober Ibrahim dan Cik Suhaila Abu Bakar. Tuan Guru Besar dijemput memberi ucapan kepada semua yang hadir. Antara intipati ucapan beliau ialah, peranan SKBK dalam tahu 2014 yang menjadi tumpuan JPNT, PPD dalam menjadi tuan rumah bagi acara seperti English Fun Fair, Pesta Pantun serta Majlis Tadarrus Al-Qur'an. Beliau juga menerangkan matlamat SKBK dalam meningkatkan akses pembelajaran berasaskan internet kepada semua murid dan memohon jasabaik para ibu bapa dalam memberikan sumbangan kepada murid. Juga disentuh Target UPSR 2014 iaitu seramai 32 orang dan Program Akaemik UPSR yang akan dijalankan. Mengakhiri ucapan, beliau berkongsi cerita kejayaan Adik M. Shafiq Rozli yang mendapat pingat emas dalam MSSBD dan mewakili daerah ke MSSST juga kejayaan hebat guru serta murid dalam Karnival Usahawan Cilik peringkat Kebangsaan di mana SKBK yang menghantar dua penyertaan pulang dengan 4 Anugerah anjuran Universiti Malaysia Kelantan.

Seterusnya Pengerusi PIBG SKBK dalam ucapannya mengucapkan terima kasih di atas kehadiran YB Adun Jerteh. Beliau menyatakan kesediaan pihak PIBG dalam membantu sekolah memandangkan bangunan SKBK yang teah siap dan diduduki sepenuhnya dan mengharapkan para ibu bapa agar bersedia menghantar anak-anak ke kelas tambahan pada waktu yang telah dijadualkan bagi membantu pihak sekolah. Dalam pada itu juga beliau memohon sumbangan kerusi sebanyak 500 unit
dari YB Adun dan sumbangan buku untuk perpustakaan sekolah.

     Bagi merasmikan majlis, YB Hj. Pahemi bin Mohd. Yusof dalm ucapan beliau berbesar hati dan berbangga denga pencapaian SKBK dari aspek akademik serta pencapaian ko-kurikulum. Sebagai insentif, beliau menyatakan kesudian beliau untuk membawa murid-murid yang berjaya mengharumkan sekolah diperingkat daerah serta peringkat yang lebih tinggi jamuan di KFC. Beliau juga menjanjikan insentif yang lebih baik sekiranya SKBK mampu mencatatkan pencapaian UPSR yang cemerlang bagi tahun 2014.


Penyampaian insentif kecemerlangan kepada para murid Cemerlang UPSR 2014

Majlis juga diserikan dengan persembahan kumpulan Action Song SKBK yang berjaya mendapat tempat ke-2 diperingkat daerah serta persembahan nasyid oleh kumpulan Raudhatul Jannah.

Sesi mesyuarat Agong kali ke-30

Mesyuarat Agong kemudiannya diteruskan dengan dipengerusikan oleh En. Wan Najib selaku pengerusi PIBG. Pada tahun ini berlaku pelantikan baharu dalam jawatankuasa PIBG SKBK 2014.
 Jawatankuasa PIBG 2014

Saturday 17 May 2014

SELAMAT HARI GURU 2014 .. GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI


Bersempena Hari Guru 2014 , Marilah kita sama-sama menghayati tema tahun ini iaitu Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi ..... Tahniah dan syabas kepada semua guru di malaysia. Di sini admin kongsikan sajak kepada semua yang bergelar GURU :

SEKAPUR SIREH BUATMU GURU

Guru,
Engkaulah penyuluh hidup anak bangsa,
Yang bisa menerangi dengan cahaya ilmu,
Yang bisa mencoret dengan keluhuran budimu,
Yang bisa membentuk dengan kasih sayangmu,
Engkaulah insan istimewa.

Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.

Guru,
Tanpamu tiadalah anak bangsa,
Yang bisa mencorakkan Negara,
Engkau mendidik kami ke arah kebenaran,
Membentuk bangsa yang berwawasan,
Engkau insan cemerlang.

Guru,
Engkaulah lilin menerangi kegelapan,
Menerangi cahaya kejahilan di hati kami,
Membentuk sanubari yang suci murni,
Mendidik kami menjadi sejati,
Engkau insan terbilang.

Guru,
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih guru!

Nukilan

Ahmad Abid Khairuddin

Thursday 15 May 2014

PROGRAM KARNIVAL USAHAWAN CILIK DAN KLINIK KEUSAHAWANAN SEMPENA PROGRAM PEMBANGUNAN EKONOMI KOMUNITI (PROSPEK) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

SK Tengku Mahmud - Sekali lagi SKBK melakar sejarah dengan hasil yang diiktiraf di peringkat Kebangsaan. Program Karnival Usahawan Cilik Dan Klinik Keusahawanan Sempena Program Pembangunan Ekonomi Komuniti (Prospek) anjuran  Universiti Malaysia Kelantan pada 7 Mei yang lalu nyata menjadi kenangan yang cukup manis bagi SKBK.

TUAN Guru Besar En. Wan Mohd. Zain b. W. Bakar bergambar bersama Pn. Hamidah Abd. Majid selaku Pengurus Projek dan peserta SKBK 2 dengan Produk Beg Serbaguna. Tempat Ketiga Anugerah Produk Paling Kreatif dan Tempat Ketiga Anugerah Produk Paling Menarik Perhatian. Syabas dan tahniah untuk warga SKBK!


TUAN Guru Besar En. Wan Mohd. Zain b. W. Bakar bersama guru pengiring En. Zainuddin dan Pn. Hamidah bergambar dengan peserta SKBK 1 bersama produk Kincir Air Landskap yang mendapat Johan Anugerah Produk Paling Kreatif dan Johan Anugerah Produk Paling Menarik Perhatian. Syabas dan tahniah, terima kasih seluruh warga SKBK.

 
PROGRAM Pembangunan Ekonomi Komuniti (PROSPEK) Usahawan Cilik - 07 Mei 2014  anjuran Universiti Malaysia Kelantan & SK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. SKBK 1 mendapat Johan Anugerah Produk Paling Kreatif untuk Produk Kincir Air Landskap.SKBK 1 mendapat  Johan  Anugerah Produk Paling Menarik Perhatian untuk Produk Kincir Air Landskap.SKBK 2 mendapat Tempat Ketiga Anugerah Produk Paling Kreatif untuk Produk Beg Serbaguna.SKBK 2 mendapat Tempat Ketiga Anugerah Produk Paling Menarik Perhatian untuk Produk Beg Serbaguna.

SYABAS DAN TAHNIAH, KITA BOLEH PERGI LEBIH JAUH DAN TERBANG LEBIH TINGGI, SKBK!


Wednesday 14 May 2014

ENGLISH FUN FAIR 2014 : HOSTED BY SKBK


SK Bukit Kenak, Jerteh - Pada 6 Mei 2014 yang lalu telah berlangsung English Fun fair dengan begitu meriah yang bermula pukul 2 petang dan berakhir pukul 5 ptg. Dengan mensasarkan murid Tahap 1, projek ini adalah hasil kerjasama Brighton Education dan JPNT. SKBK sebagai tuan rumah berbesar hati menjadi tuan rumah dengan jemputan lebih 30 murid dari sekolah-sekolah yang mengikuti program Native Speaker atau Penurur Jati.
Seramai 40 orang pelajar IPG Sultan Mizan juga terlibat dalam program ini di mana mereka mengelola aktiviti permainan berasaskan bahasa Inggeris.
Bagi memeriahkan lagi acara, sebanyak 12 permainan Bahasa Inggeris disediakan meliputi 12 stesen yang dikendalikan oleh Guru IPGSM dan diselia oleh Guru Bahasa Inggeris TELL. Program ini berlangsung dengan penuh meriah dan santai sehingga murid-murid SKBK sangat tertarik dan berebut-rebut untuk mengambil bahagian.
Pihak Pentadbiran Sekolah bergambar dengan pihak TELL bersama wakil JPNT
Antara permainan Bahasa yang menarik perhatian murid.

Gerai Jualan inisiatif guru Unit Uniform bagi menambah dana unit masing-masing.
Gelagat para guru dan tetamu di Fun Fair Day 2014
Tidak ketinggalan juga persembahan Action Song dari murid SKBK serta nyayian solo oleh Adik Nurul Adlina, Hasanah dan Wan Batrisyia yang mengagumkan pihak TELL. 
Tahniah dan syabas kepada SKBK sebagai Hos Fun Fair Day 2014 dan jutaan penghargaan kepada Brighton Education serta JPNT dalam mengelolakan program yang menarik ini. 

Thursday 8 May 2014

JAMUAN PERTUKARAN GURU DAN STAFF SKBK SERTA GURU PRAKTIKUM IPGSM

SK Bukit Kenak - Bagi menghargai sumbangan yang diberikan oleh Guru dan Staff SKBK yang bertukar sekolah, satu jamuan telah diadakan pada 30 April yang lalu. Dimana Guru yang dimaksudkan ialah Puan Noraini Shafie yang bertukar ke SK Seri Gelugor, Kerteh dan manakala staff pula ialah Puan Zuraida bt. Hassan yang bertukar ke SK Pusat, Jerteh.

            Dalam pada itu Jamuan ini juga bagi menghargai para guru praktikum IPGSM yang banyak memberi sumbangan sepanjang tempoh praktikum mereka. Jamuan ini adalah inisiatif pihak sekolah yang dikelolakan oleh jawatankuasa Sambutan.
Hadiah cenderahati dari pihak Kelab Guru SKBK yang disampaikan oleh En. Yusoff b. Mamat kepadaPn. Zuraida dan Pn. Adzifah yang mewakili Pn. Noraini Shafie serta hadiah dari pihak guru perempuan .

Penyampaian cenderahati oleh Guru Besar kepada para Guru Praktikum.
Pohon melati tumbuh melata,
Tumbuhnya subur tinggi merendang,
Senyum dan tawa tanda bahagia,
Jasa budi tuan tetap dikenang...

PPKI SKBK Terus Cemerlang : Adik Muhammad Kamil Yamin Wakil ke Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas peringkat negeri Terengganu 2014

Pada 17 dan 18 April yang lalu telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas peringkat negeri Terengganu 2014. Kejohanan telah diadakan di trek Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas iaitu Tuan Hj Mohammed Bin Embong

            Seorang murid PPKI SKBK iaitu Muhammad Kamil Bin Yamin telah terpilih mewakili daerah Besut dalam 4 acara iaitu 100m, 200m, 4X100m dan Lompat Jauh. Kejohanan 2 hari ini telah menyaksikan daerah Besut muncul juara keseluruhan dengan dibantu pencapaian murid PPKI SKBK iaitu Muhammad Kamil telah menyumbang 1 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa

Pencapaian Muhammad Kamil Yamin kejohanan peringkat negeri
Emas                           Lompat Jauh
Perak                           100meter
2 Gangsa                     200meter dan 4X100meter


Pingat Emas Acara Lompat Jauh
Bersama pingat yang dimenangi


Memberikan saingan di acara balapan.



Pencapaian ini sangat membanggakan seluruh warga SKBK terutamanya bagi kelas PPKI yang akan memberi semangat kepada murid-murid yang lain untuk berjaya suatu hari nanti. Muhammad Kamil akan mewakili negeri Terengganu ke Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan yang akan dilansungkan di Stadium Darulaman, Kedah Darul Aman pada 18 hingga 21 Mei 2014. 

TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN ADIK MUHAMMAD KAMIL YAMIN.

Laporan asal : En. Shahril Md. Shah- Penyelaras PPKI

Pertandingan Sahibba peringkat Zon Jerteh

SK Tok Raja, Jerteh - pada 28 April yang lalu telah diadakan pertandingan Sahibba bagi Zon Jerteh dari jam 10 pagi - 1.15 tgh. SKBK yang diwakili oleh 2 orang murid Tahap 2 iaitu :
1. Adib Darwis b. Khair Arifudin
2. Nur Ain Nadhirah bt. Shamsul Badri

Di mana adik Adib Darwis dari tahun 5 Jaya telah berjaya ke peringkat separuh Akhir.

PERTANDINGAN KO-AKADEMIK BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON JERTEH

Sk  Pusat, Jerteh - Bersempena pertandingan Ko-Akademik Bahasa Melayu Zon Jerteh, Murid SKBK telah sama mentyertai pertandingan ini pada 15 April 2014 (selasa) yang bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 1.15 tgh. Antara acara yang dipertandingkan ialah :
i. Pidato
ii. Bercerita Tahap 1
iii. bercerita Tahap 2
iv. Mendeklamasi Sajak.

SKBK yang diwakili 4 orang murid iaitu 3 dari tahap 2 dan seorang dari Tahap 1 yang mana pencapaiannya adalah seperti berikut :

1. Pidato oleh Adik Nureen Aina bt. mustafa : Saguhati
2. Bercerita Tahap 1 oleh Adik Wan Batrisyia bt. Wan. M. Ridhuan - Tempat ke-3
3. Bercerita Tahap 2 oleh Adik Nor Shafikah bt. Abdullah - Tempat ke-4
4. Deklamasi Sajak oleh Adik Nur Aina bt. Zulkifli - Naib Johan

Tahniah dan syabas diatas usaha yang dibuat oleh seluruh warga kerja Panitia B. Melayu dan Insya Allah, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk tahun-tahun mendatang.
(Gambar akan di 'update semula : Admin)