Saturday 31 January 2015

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI DAN TEMU MURNI IBU BAPA TAHUN 1

SK Bukit Kenak, 25 Januari 2015 - Bermula 11 januari yang lepas, program Transisi Tahun 1 kini berada di penghujungnya. Bagi mendekalti para murid baru ini satu Majlis Temu Murni bersama para penjaga mereka telah diatur bagi memberi gambaran jelas dunia persekolahan. Sepanjang tempoh program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Penyelaras Tahun 1 kali ini ialah Pn. Nor Fauziah bt. Aminudin dengan dokongan para guru kelas iaitu Pn. Sariah Abdul Ghani 1 Maju dan Puan Zarinawati Shaari 1 Usaha serta semua guru yang mengajar tahun 1. Antara Objektif Perlaksanaan Program ini ialah :
1.  Murid dapat menyesuaikan diri untuk memasuki Tahun 1.
2. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan rakan baru dalam masa yang        singkat.
3. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara      menyeluruh sebelum memulakan proses P&P.
4.  Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah.

95 Orang Murid Tahun 1 mendaftar masuk ke SKBK 
Pada tahun ini seramai 95 orang murid tahun 1 mendaftar masuk ke SKBK  yang mana 35 orang di kelas 1 Jaya, 32 orang di kelas 1 Maju dan 28 lagi di kelas 1 Usaha. Pelbagai aktiviti dirangka sejajar dengan objektif Program Transisi kali ini. Bagi melicinkan program, setiap murid disediakan tanda nama yang mewakili kelas masing-masing dan sebarang aktiviti dijalankan mengikut kelas selama 2 minggu pelaksanaannya.
Suasana Minggu Pertama Transisi
Aktiviti Sukan dan pertandingan
 Antara aktiviti yang paling digemari oleh anak-anak baru SKBK ini ialah pertandingan sukaneka yang mana rata-rata menunjukkan minat dan proaktif. Ini digalakkan oleh imbuhan berbentuk hadiah bagi yang menang. Para guru tahun 1 dilihat sangat bersedia dan bersama-sama membimbing anak-anak ini dan tidak lupa para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa datang memberi sokongan kepada anak masing-masing.
Penyampaian hadiah sukaneka
Majlis Penutup Minggu Transisi 2015, 22 Januari 2015 jam 11.30 pagi:
Setelah hampir dua minggu program ini berlangsung, akhir tiba di titik akhir, yang mana anak-anak baru SKBK telah dapat menghadam dunia persekolahan baru mereka. Majlis ini dipengerusikan oleh Kaunselor SKBK, En. Yusoff bin Mamat yang mana beliau juga merupakan salah seorang tulang belakang program Transisi kali ini. Beberapa aspek berkaitan dengan persekolahan dan perubahan tingkah laku murid menjadi topik beliau supaya para penjaga dapat memahami situasi anak mereka di sekolah dan tidak cepat menimbulkan spekulasi.
Ibu Bapa dan murid di Majlis Penutup Program Transisi 2015
Beliau menjemput guru Penyelaras Tahun 1, Puan Norfauziah bt. Aminuddin bagi memberi penerangan lanjut tentang keperluan dan program ini kepada para penjaga. Dan sebagai penutup, GPK Pentadbiran Hj. Abdul Yazid bin Mohd. Zain dijemput untuk memberikan ucapan serta merasmikan penutup program Transisi 2015. Beliau dalam ucapan, menyampaikan salam Takzim tuan Guru Besar yang tidak bersama-sama dalam majlis tersebut di atas urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Beliaudalam pada itu mengingatkan para penjaga agar prihatin dan mengambil berat berkaitan persekolahan anak-anak tahun 1 dan memberi kerjasama kepada para guru agar anak-anak ini berjaya dididik dan hebat akademiknya kelak.
Penyerahan Buku Teks dan Buku Aktiviti kepada murid tahun 1
Selesai majlis tersebut, satu agenda terakhir dilaksanakan iaitu, penyerahan buku teks serta buku aktiviti kepada semua murid tahun 1 mengikut kelas dengan kehadiran para penjaga mereka bagi memudahkan urusan tersebut di buat. Alhamdulillah Program Minggu Transisi pada kali ini berjalan lancar dan semoga akan diteruskan lagi dengan jayanya di tahun-tahun yang mendatang. In sha Allah.

TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU TAHUN 1 DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

No comments:

Post a Comment