Saturday 31 January 2015

MAJLIS WATIKAH PENTAULIAHAN PENGAWAS 2015

SK Bukit Kenak , Jerteh - Sekolah Kebangsaan Bukit Kenak telah mengadakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah untuk sesi persekolahan 2015 pada 26 Januari 2015 melibatkan 46 orang murid-murid Tahun 3 hingga 6 yang telah dipilih oleh jawatankuasa pemilihan tahun ini.
Majlis tersebut yang bermula seawal 9.00 pagi telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar serta dengan kehadiran ASP Abd. Halim bin Abdullah serta Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Jerteh iaitu Koperal Ibrahim bin Che Kar .Majlis ini dimulakan dengan aluan pengerusi majlis, En. Yusoff bin Mamat dan diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Shakir bin Sofian. Seusai bacaan doa, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah di bawah bimbingan En. Ku Hashim bin Tengku Kechik.
Majlis diteruskan lagi dengan sedikit ucapan dari Tuan Guru Besar SK Bukit Kenak, En. Wan Muhammad Zain bin Wan Bakar.  Beliau menekankan sekali lagi tentang 6 Aspirasi Murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Beliau mengharapkan pengawas sekolah menjadi role-model kepada murid-murid dalam aspek ketinggian sahsiah serta akhlak yang mulia dan budaya memberi salam perlu dilaksanakan bermula dari pengawas sekolah.  Turut berucap dalam majlis tersebut,ASP Abd. Halim bin Abdullah yang mana beliau turut menegaskan kepentingan para Pengawas menjalankan tugas dengan adil dan saksama untuk memastikan disiplin murid dan ketenteraman sekolah sentiasa berada pada tahap terbaik.Setiap pengawas perlu menitik beratkan pelbagai aspek yang berkaitan sahsiah serta keterampilan diri tanpa mengabaikan nilai-nilai mulia sebagai pengawas sekolah.
Add caption

Sesi bergambar Pengawas 2015

No comments:

Post a Comment