Wednesday 21 January 2015

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436 HIJRAH BERSAMAAN 2015 PERINGKAT SEKOLAH

SK Bukit Kenak, 21Januari 2015 - Seawal jam 7.15 pagi, semua murid berkumpul untuk sarapan pagi sebelum majlis sambutan bermula dengan tema : "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Sambutan kali ini melibatkan semua murid SKBK yang berjumlah 586 dan semua earga pendidik, Staff serta kakitangan swasta. Bagi menjayakan majlis, seramai 6 orang RELA bertugas pagi mengawal lalulintas. Suasana agak meriah dengan semua memakai pakaian baju melayu bagi lelaki dan berbaju kurung berwarna-warni. Antara objektif sambutan kali ini ialah :

1. Mendidik murid mengenali dan  mencintai Rasulullah s.a.w. 

2. Mentarbiyah murid beramal dengan sunnah Rasulullah saw 
3. Mengajak murid sentiasa berselawat kepada Rasulullah saw. 
4. Melahirkan kerjasama dikalangan murid  dalam merealisasikan aktiviti sekolah.

Perarakan Maulidur Rasul mengikut Rumah Sukan sekitar Kg. Bukit Kenak.
Aturcara Majlis :



7.45 pagi   : Jamuan murid-murid di kantin

8.15 pagi   : Berkumpul di Dewan
8.30 pagi   : - Bacaan Doa Oleh Ustaz Rozani bin Hassan
                   - Ucapan Guru Besar
                   - Ucapan Wakil KPPDB Ustaz Mohd. Nor bin Salleh
                   - Ceramah Maulidur Rasul oleh Yg. Berbahagia Ustaz Ahmad Azhar bin Harun
                     Pegawai Agama Daerah Besut
9.30 pagi   : Perarakan Maulidur Rasul Mengikut Rumah Sukan
10.30 pagi : Rehat (Jamuan Guru dan Kakitangan di Bilik K.Hidup)
11.30 pagi : Pertandingan Kuis Mulidur Rasul 
12.45 tgh   : Majlis Bersurai

Pelbagai persiapan dilakukan bagi meastikan Sambutan kali ini berjalan lancar dengan kerjasama murid serta Warga SKBK dari aspek penyediaan makanan, persiapan tempat, sepanduk serta kawalan murid dengan kerjasama guru-guru KAFA dan pekerja swasta.
Ustaz Mohd. Nor bin Salleh dan Guru Besar memberi ucapan di majlis sambutan.

 Bertepatan dengan tema kali ini "Perpaduan Nadi Transformasi Negara", tuan guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar dalam ucapan beliau mengingatkan tentang toleransi yang perlu ada dalam masyarakat yang berbilang bangsa tanpa menggandaikan nilai-nilai agama seperti yang berlaku dalam isu K-Pop baru-baru ini. Beliau juga menyentuh peribadi junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W yang perlu dijadikan contoh teladan yang terbaik. Begitu juga dengan Ustaz Mohd. Nor bin Salleh yang mana dalam ucapan beliau membawa murid-murid menelusuri sejarah kelahiran Baginda Rasul yang perlu dikenang dan mengajak murid-murid menjadikan baginda ikon untuk berjaya.

Ceramah Maulidur Rasul Oleh Ustaz Ahmad Azhar bin Harun, Pegawai Agama Daerah Besut.
Majlis diteruskan lagi dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Azhar bin Harun yang sangat menarik dan mencuri tumpuan para murid. Beliau berjaya mendapat perhatian dari murid skbk dalam ceramah beliau sambil berqasidah tentang sirah kelahiran Baginda Nabi disamping memberi imbuhan kepada yang berjaya menjawab soalan dari beliau. Adik Mohd. Alif Nasarudin bin Nordin dari kelas 5 Jaya berjaya memberi huraian berkaitan yang ditanya oleh beliau.

Penyampaian Cenderahati kepada jemputan yang hadir.
 Seusai perarakan, murid-murid menikmati makanan mereka di kantin dan para guru, jemputan, RELA, Guru KAFA serta pekerja swasta  di bilik Kemahiran Hidup. Setelah itu para murid berkumpul di dewan SKBK untuk program Kuiz Maulidur Rasul.
Kuiz yang mendapat sambutan dari para murid yang dikendalikan oleh En. Yusof bin Mamat dan Ustaz Ahmad Shakir bin Sofian.
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Jutaan Penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan program kali ini.

No comments:

Post a Comment