Saturday 21 February 2015

ENGLISH DAY ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS 2015

SK Bukit Kenak, 12 Februari 2015 - Panitia Bahasa Inggeris SKBK telah menganjurkan program English Day yang bertempat di DewanTerbuka SK Bukit Kenak. Program yang diadakan adalah bertujuan bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pelajar, menggalakkan pelajar berbahasa inggeris di luar waktu kelas dan meningkatkan keyakinan para pelajar untuk menggunakan bahasa inggeris.
Pertandingan Story Telling dan Public Speaking telah berjalan lancar dengan  penyertaan dari murid-murid Tahun 4 hingga 6 iaitu dengan 15 penyertaan untuk Story Telling dan Public Speaking seramai 5 orang. Pertandingan ini juga bagi memilih murid-murid yang berbakat bagi mewakili sekolah di Karnival Bahasa Inggeris tidak lama lagi.
Ucapan Guru Besar En. Wan Mohd. Zain bin Wan Bakar dalam Bahasa Inggeris

 Aturcara program adalah seperti berikut :
10.45 pagi   :  Murid berkumpul di Dewan Terbuka
11.00 pagi   :  Ketibaan YDP PIBG SK Bukit Kenak
11.15 pagi   :  Ucapan Aluan 
11.20 pagi   :  Bacaan Doa
11.25 pagi   :  Ucapan Guru Besar dan Gimik Perasmian
11.50 pagi   :  Pertandingan Story Telling dan Public Speaking
12.50 tgh     :  Majlis Penyampaian Hadiah.
Inipati Ucapan Guru Besar
Beliau merakamkan jutaan penghargaan di atas usaha Panitia Bahasa Inggeris dalam menggerakkan English Day. Menggalakkan para murid agar berbahasa Inggeris semasa berada di sekolah mahu pun di rumah walaupun minimum kerana ianya akan membentuk persekitaran untuk menggunakan bahasa tersebut dalam komunikasi sekaligus membantu pembelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja para guru juga diseru agar sering berkomunikasi dengan murid dalam bahasa Inggeris.
Gimik Perasmian English Day 2015
Majlis juga turut dihadiri oleh Mr. Mark Dodge dari Native Speaker Programme Brighton Education.
 Tahniah diucapkan kepada semua peserta di atas kesungguhan dan keberanian yang ditunjukkan. Setinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa program, pegawai, kakitangan serta semua pelajar yang terlibat.
Penyampaian Hadiah kepada para pemenang Story Telling  dan Public Speaking

No comments:

Post a Comment