Sunday 26 July 2015

MAJLIS MENGHANTAR PN. FANORA MAT KE SK PELAGAT SEBAGAI GPK HEM SK PELAGAT

SK Bukit Kenak ,13 Julai 2015 - Setelah berkhidmat di SKBK sejak Januari 2012 sehingga Jun 2015, Puan Fanora Mat telah dinaikkan pangkat ke jawatan GPK HEM SK Pelagat. Beliau merupakan Guru Pendidikan Islam yang juga merupakan Guru Pengurusan Media dan Perpustakaan. Beliau banyak menyumbangkan kemahiran dan kepakaran beliau dalam bidang aerobik dan kecerdasan di SKBK.

Majlis Ucapan Perpisahan di Dewan Al-Khawarizmi
Sesi Bergambar dan bersalaman dengan semua Guru dan Murid SKBK sebelum diiring ke SK Pelagat
Majlis Menyambut Puan Fanora Mat di SK Pelagat
Jawatankuasa sambutan bersama wakil pentadbir dan beberapa orang wakil guru telah mengiringi beliau ke SK Pelagat. Alhamdulillah semua  yang diatur berjalan lancar dan semoga Puan Fanora bt. Mat akan terus sukses sebagai sebahagian warga Pentadbir SK Pelagat.

No comments:

Post a Comment