Monday 27 July 2015

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SKBK 2015

SK Bukit Kenak, 25 Julai 2015 - SKBK meneruskan tradisi sambutan Hari Raya malah lebih meriah lagi dengan kerjasama PIBG dan semua warga SKBK. Berpakaian berwarna-warni dengan pelbagai hidangan disediakan.

RASIONAL
Menerapkan nilai-nilai akhlak mahmudah dari  sudut akliah dan rohaniah sekaligus menjadi benteng mencegah kerosakan hubungan sesama umat Islam.

OBJEKTIF
Pelaksanaan Program Hari Raya  Aidilfitri ini diharapkan dapat:
-  Menghayati bulan-bulan kebesaran Islam.                        
-  Menanam sifat kemaafan dan pemurah dalam diri individu.
-  Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat persaudaraan.
-  Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua 
   peringkat.
-  Memberi ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan suasana hari raya di semua 
   peringkat.
- Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan kreativiti mereka semasa menyambut Hari 
   Raya AidilFitri di sekolah.


Penyampaian Duit Raya 

Anak-anak SKBK menjamu selera dengan gembiranya

Guru-guru serta staf menjadi tulang belakang menjayakan majlis Hari Raya.

Ceria dan Meriah sekali

Menjamu selera dengan pelbagai hidangan

Persembahan nyanyian oleh anak--anak SKBK dan serta guru

Riang Ria Hari Raya SKBK 2015
Alhamdulillah.. semua yang dirancang berjalan lancar. Jutaan penghargaan kepada semua warga SKBK kerana menjayakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2015. Minal aidil wal faaizin..

No comments:

Post a Comment