MAJLIS TEMU MURNI IBUBAPA/PENJAGA MURID TAHUN 6 DAN CERAMAH MOTIVASI
ISNIN, 18 FEBRUARI 2013, Sebagai permulaan tahun 2013, pihak sekolah telah mengadakan temu murni ibubapa/penjaga bagi pelajar tahun 6. Program ini merupakan program pertama pihak sekolah sebelum meneruskan dengan beberapa siri lagi program yang dirancangkan untuk meningkatkan lagi pencapaian UPSR bagi tahun 2013.
Program yang dipengerusikan oleh En. Nasober b. Ibrahim dimulakan dengan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada ibubapa/penjaga yang memberikan sambutan yang tinggi terhadap program pertama yang dianjurkan oleh pihak sekolah pada tahun ini. Bagi memberkati majlis, program dimulakan dengan bacaan doa yang dibaca oleh Ustaz Mat Rani b. Yacob. Seterusnya program diteruskan dengan ucapan dari Tuan Guru Besar, En. Wan Mohd Zain b. Wan Bakar. Dalam ucapan tersebut Tuan Guru Besar menyarankan beberapa perancangan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan lagi prestasi dan pencapaian UPSR pelajar SK Bukit Kenak (SKBK) pada tahun ini. Beliau amat berharap agar ibubapa/penjaga dapat memainkan peranan serta bersama-sama dengan pihak sekolah untuk memastikan setiap perancangan itu berjaya.
 |
Ucapan dari guru-guru. |
Program diteruskan lagi dengan pembentangan perancangan aktivit UPSR pada tahun 2013 oleh Penyelaras UPSR, En. Khairulzamani b. Abd Razak .Beberapa program telah dirancangkan bagi mempersiapkan pelajar untuk menghadapi UPSR pada tahun ini. Selesai sahaja pembentangan perancangan aktivit oleh penyelaras UPSR, Guru-guru subjek pula diberi peluang untuk menyampaikan laporan kemajuan bagi subjek masing-masing kepada ibubapa. Seterusnya ibubapa/penjaga bersama pelajar dipecahkan kepada kelas anak masing-masing untuk sesi dialog bersama guru kelas.
 |
Sesi dialog antara guru-guru dan ibubapa |
Penamat kepada Program temu murni pada kali ini, Ibu bapa/penjaga dan pelajar dihidangkan dengan Ceramah Motivasi Ibubapa yang cukup bertenaga oleh Dr. Wan Rozeb b. Wan Salleh dari Ummi Motivasion Training & Consultant. Ceramah motivasi yang padat dengan ilmu dan maklumat tersebut telah berjaya menarik tumpuan ibu bapa untuk bersama-sama pihak sekolah membantu meningkat prestasi anak masing-masing dalam UPSR yang bakal tiba nanti.
 |
Dr. Wan Rozeb b. Wan Salleh sedang menyampaikan ceramahnya |
Program melabuhkan tirainya sekitar jam 1.00 petang.
DIN/din/2013